Terdapat dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan.
Baju Kebaya juga dipercayai berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Ia kemudiannya tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya yang disebut "kebaya nyonya". Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, kebaya nyonya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga diraja dan kenamaan di sana. Semasa zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.
Ilham daripada kebaya tradisional, pereka fesyen telah mengubahsuai dan memodenkan rekaan kebaya. Kebaya yang telah dimodenkan boleh dikenakan dengan seluar slack atau jeans.
(kompilasi dari bacaan internet)
Baju Kebaya
Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan kain sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif corak warna-warni.
Baju Kebaya sangat popular dikalangan wanita melayu semenjak era 60an. Ianya dijahit mengikut susuk badan pemakainya. Namun begitu sejajar dengan peredaran zaman, kebaya yang dulunya hanya dengan fesyen pendek dan ketat telah dimodenkan dan dipelbagaikan mengikut trend dimana kebaya yang longgar dan labuh juga menghiasi dunia fesyen terkini.
(kompilasi sumber dari internet)
Subscribe to:
Posts (Atom)